September 11, 2013

Kalau perempuan dok umah je tak kerja, kalau bercerai nak makan apa? Eh?

Assalammualaikum.. psst psst meh nak cite sikit pengalaman saya yang tak seberapa ni..

Teringat sewaktu menghadiri konvensyen fiqh wanita beberapa bulan lalu. Slot muqadimah dikendali oleh ustaz zaharuddin. Beliau menerangkan mengenai kemuliaan dan keistimewaan wanita. Salah satu slide yang diterangkan oleh beliau adalah mengenai firman Allah dalam surah Al-ahzab ayat 33: 'Dan hendaklah kamu(wanita) tetap di rumahmu....'

Beliau menerangkan keistimewaan dan maksud disebalik ayat ini. Beliau juga menyelitkan satu statement yang sering wanita zaman sekarang perjuangkan. 'Kalau perempuan duduk rumah je, tak kerja, nanti kalau kahwin, bercerai dengan suami dah jadi janda nanti nak makan apa?? ~uwaa dulu aku pernah perjuangkan statement ini T_T~ 

Jawapan beliau bagi saya sangat bernas dan menginsafi diri. Beliau berkata, kenapa wanita sekarang teramat risau dengan perkara ini? Sebelum kahwin lagi sudah memikirkan tentang penceraian? Memang nak bercerai ke? Awal2 lagi dah prepare macam mana kalau dah bercerai nanti. Sebetulnya, perkahwinan ni kita nak kekal sampai akhir hayat. Bukan nak kahwin then cerai. Belum kahwin lagi dah fikir tentang penceraian? Sepatutnya wanita perlu risau tentang bagaimana persediaan mereka untuk menjadi seorang ibu yang beragama yang boleh mendidik anak-anak mereka kelak menjadi seperti rasul dan sahabat, juga yang boleh berjuang menegakkan agama Allah di seluruh pelusuk dunia. Ini yang perlu wanita sekarang risaukan. Bukan penceraian itu. ..Sentap kejap T_T...

Dalam hadith qudsy, Allah berfirman : "Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu terhadap diriKu dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepadaKu". Bersangka baiklah terhadap setiap perkara... Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah telah tetapkan rezeki untuk setiap hambaNya. Jangan pernah ragu dengan kuasa Allah.

Disebabkan terlalu risaukan perkara yang satu ni, anak-anak terabai, akhlak anak-anak entah kemana, terjebak dengan itu, dengan ini. Inikah hasil yang kalian mahukan dari kerisauan negatif ini? 

Jika penceraian itu terjadi juga, itu lain cerita, itu kes darurat. Bila dah darurat ada lah jalannya. Islam bukannya zalim sangat sampai kes darurat pun tiada penyelesaiannya.

Kalau kita(wanita) nak belajar macam-macam kemahiran dan kepakaran untuk berkerja kelak, silakan. Tetapi jangan sekali-kali tanam fikiran negatif ini. Amat tak baik. sesiapa yang pernah berfikir seperti ini suatu ketika dahulu atau suatu ketika sekarang, sila nyahkan dari fikiran anda serta merta. 


Mari berfikiran positif. Dan jangan sekali-kali mempertikaikan firman Allah.

Sekian. 
· 

November 12, 2012

Wanita, awak terlalu berharga.

Lihatlah panorama dunia, wanita bagaikan hilang rasa malunya. Maruah yang menjadi maharnya tergadai sia bagai tiada berharga. Dimanakah budinya? dimanakah akhlaknya? sungguh pilu dan sayu mengenangkannya! Santun tiada lagi nafsu memimpin hati, kehormatan diri tidak dipeduli...
#Petikan lirik dari lagu Hijazz berjudul Dilema.. menghayatinya menginsafi diri :)


WANITA dirimu terlalu berharga. Jagalah dirimu seperti bunga didalam botol kaca, seperti mutiara didasar lautan, seperti mawar yang berduri, terpelihara dan dijaga. Mari mendambakannya :)


LELAKI hormatilah wanita disekelilingmu agar mereka sentiasa terpelihara.

[Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat.] Surah An-Nur Ayat-30.

[Dan katakanlah pada para wanita yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara-saudara perempuan mereka atau para perempuan(sesama islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan(terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang yang beriman, agar kamu beruntung.] Surah An-Nur Ayat-31.